Resipi

Daging Rendang Palembang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

  • 400 g daging (Dihiris nipis)
  • ½ cawan kicap manis
  • 2 cawan air
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu makan cili kisar
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 10 biji cili api
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam (Sekiranya perlu)

Cara Memasak

  1. Rebuskan daging dengan kicap manis dan air sehingga lembut dan hampir kering. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, kerisik, dan daging yang direbus. Kacau rata sehingga kering dan pecah minyak.
  4. Masukkan cili api dan kacau rata lagi.
  5. Sedia dihidangkan.