Resipi

Daging Masak Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 3 sudu makan air
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 1 cawan air
  • 5 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong daging kecil dan nipis. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar,serai, serbuk jintan manis, dan serbuk jintan putih yang sudah dibancuh sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga lembut dan air kering.
  4. Masukkan kicap dan asam jawa. Masakkan lagi sehingga pekat dan naik minyak.
  5. Tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan.