Resipi ( 401 )

Daging Dendeng

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 40 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging (Tanpa lemak)
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 2 cawan air
  • 10 tangkai cili kering
  • 15 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan daging lembu kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
  2. Rebus daging dengan serai dan halia sehingga lembut. Apabila sudah lembut, angkat dan tuskan.
  3. Hiris daging nipis dan lebar. Kemudian goreng daging sehingga sehingga garing dan angkat.
  4. Tumbukkan daging di dalam lesung supaya lebih lembut.
  5. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  6. Masukkan daging tadi dan gaulkan sehingga rata.
  7. Sesuaikan rasanya kemudian angkat dan hidangkan.