Resipi ( 401 )

Cucur Tauhu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 keping tauhu (Dipotong kecil)
  • 200 g udang (Dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 2 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 2 biji cili merah (Dicencang)
  • 2 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan minyak masak

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  3. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  4. Angkat dan tuskan. Sedia dihidangkan.