Resipi ( 401 )

Biskut Mentega (Butter Cookies)

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 150 g mentega
  • 70 g gula kastor
  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 50 g tepung jagung (diayak)

Bahan B

  • Coklat masakan
  • Gula-gula manik warna-warni (bahan hiasan)

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag rosette (ataupun pam daisy). Pamkan ke atas dulang pembakar.
  4. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 18-20 minit ataupun sehingga masak.
  5. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Masukkan ke dalam piping bag.
  6. Paipkan ataupun lorekkan cairan coklat di atas biskut. Taburkan gula-gula manik warna-warni.
  7. Sejukkan dan simpankan di dalam bekas kedap udara.