Resipi ( 401 )

Biskut Coklat

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 250 g mentega
  • 150 g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 50 g tepung jagung (diayak)
  • 240 g tepung gandum (diayak)
  • 20 g serbuk koko (diayak)

Bahan B (Hiasan)

  • 100 keping acuan kertas
  • 50 g chocolate rice
  • 50 g badam cencang halus

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Kacau rata.
  4. Gunakan acuan bunga cina ataupun dahlia bagi mencorakkan biskut.
  5. Pamkan adunan ke dalam acuan kertas dan hiaskan dengan chocolate rice dan badam cencang halus.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  7. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.