Resipi

Bergedel Pandan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 400 g daging kisar
  • 2 biji telur
  • 2 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 pokok daun sup
  • 1 pokok daun bawang
  • ½ cawan bawang goreng
  • 1 cawan sayur campur sejuk beku
  • Minyak secukupnya (Bagi menggoreng)
  • Daun pandan secukupnya
  • Lidi kelapa (Dipotong serong dan pendek)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan daging kisar, telur, bahan yang dicencang, bawang goreng, sayur campur dan garam ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati.
  2. Ambil daun pandan dan buatkan seperti kelongsong kecil.
  3. Masukkan daging yang sudah digaul ke dalamnya, lipatkan dan sematkan dengan lidi.
  4. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga garing.
  5. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan.