Resipi ( 401 )

Bergedel Ikan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g ikan tenggiri
  • 1 ulas bawang putih (Ditumbuk)
  • 3 batang kacang panjang (Dipotong pendek)
  • 3 tangkai daun sup (Dihiris)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Ambil isi ikan tenggiri dan tumbukkan sehingga hancur.
  2. Gaulkan sehingga sebati dengan semua bahan lain kecuali minyak masak.
  3. Bentukkan adunan isi ikan menjadi bulat dan leperkan.
  4. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga kuning keemasan dengan api yang sederhana.
  5. Angkat dan tuskan minyaknya.
  6. Sedia dihidangkan.