Resipi ( 401 )

Bergedel Daging

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 200 g daging kisar
  • 2 biji kentang
  • ½ cawan bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 biji telur (Dipukul)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

  1. Kupas kulit kentang kemudian rebuskan sehingga lembut. Angkat dan tuskan.
  2. Lecekkan kentang sehingga hancur.
  3. Gaulkan semua bahan kecuali telur.
  4. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
  5. Celupkan ke dalam telur yang dipukul.
  6. Gorengkan di dalam minyak yang banyak.
  7. Angkat dan tuskan. Sedia dihidangkan.