Resipi

Ayam Pandan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 500 g ayam (Dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 10 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Daun pandan yang lebar secukupnya
  • Lidi kelapa secukupnya

Cara Memasak

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan yang dikisar, serbuk kari, serbuk kunyit, dan garam. Perapkan selama 30 minit.
  2. Daun pandan dibuat kelongsong dan masukkan potongan ayam ke dalamnya. Sematkan dengan lidi.
  3. Panaskan minyak masak di dalamkuali dan gorengkan sehingga masak dengan api sederhana.
  4. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan.