Resipi

Ayam Masam Manis

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 500 g isi ayam (Dipotong kecil)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ cawan air
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh gula
  • 2 biji tomato (Dipotong baji)
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • ½ cawan kacang pis (Sekiranya suka)
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak (jangan biarkan garing bagi mengelakkan ayam menjadi keras).
  2. Angkat ayam dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak bagi menumis bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan air, sos tomato, sos cili, dan gula. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tomato, cili merah, cili hijau, dan kacang pis. Biarkan sebentar. Angkat dan hidangkan.