Resipi ( 401 )

Ayam Masak Halia

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 2 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau lagi. Masakkan ayam sehingga lembut.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, garam, dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Sedia dihidangkan.