Resipi ( 401 )

Ayam Madu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 cawan kacang pis
  • 1 labu bawang besar (Dimayang kasar)
  • 3 sudu makan madu
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara Memasak

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Angkat ayam dan ketepikan.
  3. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukupnya bagi menumis (anggaran 1 senduk).
  4. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  5. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan ayam, sos tomato, kacang pis, bawang besar, dan madu. Kemudian kacau rata.
  7. Apabila sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan sedia dihidangkan.