Resipi ( 401 )

Ayam Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Hiasan)

  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi dan layu.
  2. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak.
  3. Masukkan lobak merah, bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, dan garam.
  4. Masak sehingga pekat kemudian masukkan bahan B. Sedia dihidangkan.