Resipi

Ayam Kari Hijau

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 4 keping ayam
  • 2 cawan santan
  • 8 helai daun limau purut
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 cawan terung pipit
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 3 batang serai
  • 3 biji cili hijau
  • 5 biji cili api
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh belacan
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis
  • ½ sudu teh serbuk lada putih

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan B sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan, daun limau purut, asam gelugur, dan garam. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam, terung pipit, dan sos ikan. Masakkan lagi sehingga mendidih.
  4. Sedia dihidangkan.