Resipi ( 401 )

Ayam Gulai Tempoyak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 4 keping ayam
  • 10 biji cili api
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 2 cawan air
  • 5 tangkai daun kesum
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak, serai, dan air.
  2. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun kesum, dan garam.
  4. Masak lagi sehingga mendidih dan pekat.
  5. Sedia dihidangkan.