Resipi ( 401 )

Ayam Goreng Tomyam

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 300 g isi ayam (Dipotong nipis)
  • 5 biji cili merah
  • 8 biji cili api
  • 1 inci halia
  • 2 labu bawang besar
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 5 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris nipis)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang dihiris dan serai.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan hingga lembut.
  3. Tutup api dan masukkan perahan limau kesturi yang sudah dibancuh dengan pes tomyam, garam, dan daun ketumbar. Kacau sehingga rata.
  4. Hidangkan bersama nasi.