Resipi ( 401 )

Ayam Goreng Bunga Kantan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

  • 1 kg isi ayam (Dipotong kecil)
  • 2 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 kuntum bunga kantan (Dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 5 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, garam, dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga airnya kering.
  3. Masukkan bunga kantan, bawang besar, cili hijau, dan cili merah. Gaul rata.
  4. Sedia dihidangkan.