Resipi

Ayam Goreng Berempah

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 5 paha ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 4 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak masak.
  2. Perapkan selama setengah jam.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan gorengkan ayam.
  4. Apabila ayam nampak garing, angkat dan tuskan minyak.