Resipi ( 401 )

Ayam Golek

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 4 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (Dikoyak)
  • 3 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

  1. Bersihkan ayam dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam, daun limau purut, garam, dan santan. Masakkan sehingga kuah pekat.
  4. Keluarkan ayam dari kuah kemudian letakkan ayam di dalam loyang dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 200ºC selama 30 minit.
  5. Angkat ayam dari ketuhar. Tuang kuahnya di atas ayam tadi ketika mahu menghidang.