Resipi ( 401 )

Ayam Bakar Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (Dipotong 4)
  • 2 sudu makan
  • lada hitam
  • 5 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 3 batang serai
  • 2 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 3 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

* Bahan-bahan yang disediakan adalah

untuk 1 ekor ayam.

Cara Memasak

  1. Bersihkan ayam dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati. Masak sehingga mendidih.
  3. Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam loyang. Tinggalkan kuahnya.
  4. Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur.
  5. Masakkan kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
  6. Apabila ayam sudah garing, tuangkan kuah di atas ayam. Angkat dan sedia dihidangkan.