Resipi

Asam Pedas Ikan Pari

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 500 g ikan pari (Dibersihkan)
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • ½ cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 5 tangkai daun kesum
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 10 biji bendi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan pari kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan daun kesum. Masakkan sehingga mendidih lagi.
  5. Masukkan tomato dan bendi.
  6. Perlahankan api dan biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.