Resipi ( 401 )

Asam Pedas Daging

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging (Dipotong kecil)
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • ½ inci belacan(Sekiranya suka)
  • 7 helai daun limau purut
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik)
  • 2 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
  2. Masukkan daging dan daun limau purut. Kacau rata dan masakkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan jus asam jawa, air dan garam. Masakkan sehingga mendidih dan daging lembut.
  4. Masukkan tomato dan kacau rata. Tutup api.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan.