Resipi ( 401 )

Asam Pedas Bungkus

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 400 g ikan pari (Dibersihkan)
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • 6 biji bendi
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. Masukkan air asam jawa, garam, dan daun kesum. Biarkan sehingga mendidih dan pekat.
  3. Susunkan ikan, bendi, tomato, serai, dan daun ketumbar di atas aluminium foil. Tuangkan bahan yang ditumis tadi. Bungkus dan lipatkan.
  4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20 minit.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.