Blog

Wanita Muda Harus Tahu Ilmu Ini Sebelum Berkahwin

Bila bercerita tentang kehidupan berumah tangga, semua orang teruja untuk memberi pandangan. Malah ada yang tidak sabar untuk terjun ke medan yang digambarkan begitu indah menerusi drama-drama di kaca televisyen. Namun, sudahkah anda mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya? Cuba periksa diri anda melalui senarai yang saya tulis di bawah.

1. Mengatur masa seharian

Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, wanita perlu tahu peranannya akan bertambah. Tidak seperti sebelum kahwin, hanya menguruskan diri sendiri.

Menjadi seorang isteri, selain diri sendiri, suami juga harus diurus segala keperluannya dengan baik. Apatah lagi apabila sudah bergelar ibu, urusan anak-anak perlu diperhatikan. Itu belum termasuk wanita yang bekerjaya. Memang waktu kerja dan keluarganya perlu diatur dengan baik bagi memastikan tiada perkara penting diabaikan.

Mungkin anda boleh sediakan jadual waktu di rumah. Lebih sistematik dan teratur. Tidaklah kalut menguruskan rumah tangga. Jika belum berkahwin, bolehlah melatih diri untuk menjadi lebih berdisiplin.

2. Perlu rajin memasak

Adakah berbeza antara pandai memasak dan rajin memasak? Ya, sudah tentu berbeza. Pandai memasak itu penting, namun rajin memasak merupakan elemen yang lebih penting dalam alam rumah tangga.

Apabila sudah berkahwin, jangan membuat alasan malas memasak ataupun tidak tahu memasak. Kalau tidak tahu, belajarlah. Apabila sudah tahu, rajin-rajinlah untuk memasak. Ingat, masakan sedap mampu mengikat kasih keluarga.

Kalau malas juga, mungkin anda perlukan dua perkara ini, iaitu buku 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker dan juga Pressure Cooker. Senang dan menjimatkan masa.

3. Bahan asas dalam memasak

Bagi wanita yang sudah biasa di dapur pasti pakar tentang bahan asas masakan. Namun, bagi mereka yang baru berjinak untuk belajar memasak, saya kongsikan perkara asas yang perlu diketahui.

Perkara asas adalah bawang putih, bawang merah, dan cili. Dalam kebanyakan masakan, kita akan mulakan memasak dengan menumis bahan asas ini terlebih dahulu. Mudah sahaja memasak sebenarnya.

Kalau tidak percaya, mungkin anda boleh belek resipi campak-campak Chef Fendi dalam bukunya, Menu Campak-Campak: Ayam dan Menu Campak-Campak: Makanan Barat. Campak-campak sahaja, masakan sudah siap.

4. Cara melipat pakaian dengan kemas.

Kedengaran agak remeh. Kanak-kanak sekolah rendah juga mampu melipat pakaian. Tetapi jika lipatannya tidak kemas, sakit juga mata memandang. Nasihat untuk para wanita yang akan berumah tangga, persiapkan juga diri di anda semua dengan ilmu melipat pakaian cara yang kemas. Almari rak pakaian juga akan kelihatan bersih dan teratur jika lipatannya kemas dan cantik.

5. Pengurusan wang yang baik

Kita tinggalkan sekejap dunia dapur dan cuba celikkan minda dengan pengurusan wang. Selain ilmu masakan, para wanita perlu bijak juga dalam menguruskan wang lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang cukup mencabar sekarang. Wanita perlu lebih berhati-hati menguruskan wang dan tidak boros apabila berbelanja. Utamakan barangan keperluan melebihi kemahuan dan jangan lupa untuk membuat simpanan.

Banyak lagi ilmu yang perlu diambil kira dan diberikan perhatian bagi wanita yang akan melalui zaman peralihan statusnya. Sebaiknya sebelum berkahwin, lengkapkan diri dengan segala ilmu supaya kehidupan berumah tangga akan lebih teratur.

Teks: Syazana Syamsul.

Foto: Unsplash.com