Blog

Tips Memilih Ikan Segar

Melihatkan situasi pada masa sekarang, ramai anak muda menjejak ke alam perkahwinan pada usia yang sangat muda. Daripada satu sudut pandangan, ia adalah bagus kerana dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat. Tetapi daripada sudut yang lain, ia tidak juga begitu baik kerana ramai yang masih belum mencukupi ilmu.

Tidak cukup ilmu rumah tangga amatlah bahaya bagi membina rumah tangga harmoni. Sekecil-kecil perkara boleh jadi besar dan mengakibatkan pertengkaran kalau tidak ada ilmu. Paling penting terutamanya bagi seorang wanita mestilah berilmu dalam bidang masakan kerana ia adalah satu jalan mengikat kasih si suami.

Sebagai contoh, si isteri baru pulang dari pasar dengan membawa pulang ikan dan sayuran untuk dimasak. Tetapi tiba-tiba dimarah pula suami kerana membeli ikan yang tidak segar. Mungkin cuma isu kecil, tetapi dalam kehidupan sebenar ramai yang bercerai kerana isu yang dianggap remeh. Sebab itulah dinasihatkan anda belajar dahulu ilmu-ilmu ini sebelum berkahwin.

Walaupun ilmu memilih ikan segar nampak sangat remeh tetapi ia adalah ilmu penting untuk sesebuah keluargai.

Kami kongsikan cara-cara memilih ikan segar di pasar. Ada beberapa elemen yang kita boleh kenalpasti sama ada ikan itu segar ataupun tidak:

  • Bermata putih dan tidak merah.
  • Isi pejal dan tidak lembik semasa ditekan.
  • Insang berwarna merah.
  • Mata cembung dan tidak cekung ke dalam.
  • Sisik masih kuat melekat dan tidak mudah tertanggal daripada badan.
  • Lendir kurang pada badan ikan berbanding ikan kurang segar yang banyak lendir.
  • Warnanya cerah dan terang serta berkilat.
  • Perut ikan masih elok dan tidak terkeluar.

Semoga tip-tip tersebut dapat membantu anda yang akan berkahwin atau yang sudah berkahwin tetapi tidak mengetahuinya. Selamat mengamalkannya!

Teks: Nor Fatin Amira Salleh