Apa yang ingin anda masak hari ini?
Apa yang ingin anda masak hari ini?
Mudahkan Urusan Isteri Anda dengan 5 Alatan Dapur Ini
Isteri pada zaman yang serba moden ini sangat beruntung. Ada sahaja alatan dapur yang dicipta bagi memudahkan urusan di dapur bermula daripada penyediaan bahan, proses memasak sehingga kepada prose hidangan. Jom kita lihat antara alatan dapur yang menarik untuk dimiliki.
1. Pressure Cooker
Para isteri semua pasti bersetuju dengan cadangan ini. Senyum meleret si isteri jika si suami dapat berikan Pressure Cooker sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya. Dengan adanya alatan ini, segala jenis masakan pastinya menjadi lebih mudah dan cepat. Malah, mungkin lepas ini makin banyak pula menu yang sedap bertambah di atas meja. Oh ya, jika ada pressure cooker, bolehlah cuba resipi dalam buku 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker .
2. Pemisah Telur Putih Dan Telur Kuning
Pasti lebih mudah jika ada alat pemisah telur putih dan telur kuning di dapur anda. Hanya pecahkan telur di dalam mangkuk dan gunakan alat ini. Alat ini sangat penting terutama kepada mereka yang sering membuat kuih di dapur. Reka bentuknya comel dan paling penting, sangat cepat dan mudah digunakan.
3. Pengisar bawang
Selain efektif dalam mengisar bawang, pengisar kecil ini dapat digunakan untuk menghancurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Saiz kotak pengisar yang kecil dan ringan menjadikannya rakan travel anda yang fleksibel. Boleh dibawa ke mana sahaja anda pergi.
4. Gunting 5 Bilah
Selain daripada pisau, gunting juga adalah alatan dapur yang cukup penting. Namun, menggunting satu per satu akan memakan masa yang lebih lama. Cuba bandingkan dengan menggunting menggunakan 5 bilah gunting sekali gus. Pasti lebih cepat urusan memasak isteri anda di dapur. Rekaan yang unik sebegini juga pasti menyerikan dapur anda.
5. Pemotong Buah
Pemotong buah ini di datangkan dengan pelbagai saiz. Terdapat juga saiz besar yang membolehkannya memotong buah tembikai. Yang paling menarik, ia sangat mudah digunakan. Anak-anak juga tidak lagi perlu bersusah payah memotong menggunakan pisau sebaliknya hanya menggunakan pemotong buah ini. Pasti lebih selamat bagi mengelakkan jari terluka.
Terdapat banyak lagi alatan dapur yang memudahkan segala urusan isteri anda. Walaupun terpaksa mengeluarkan duit sedikit namun ingatlah, perkara yang menyenangkan itu membahagiakan.
Teks: Syazana Syamsul
Foto : Google