Apa yang ingin anda masak hari ini?
Apa yang ingin anda masak hari ini?
Kekejangan di bahagian perut semasa haid memang ditakuti oleh setiap wanita. Sesetengah wanita juga mengalami kesakitan di bahagian pinggang dan sekitar belakang badan.
Kesakitan ini mungkin biasa, tetapi tidak bermakna ia normal. Berkemungkinan ia adalah petunjuk berlakunya keradangan yang teruk di dalam badan anda. Tetapi, anda boleh mengurangkan kesakitan dengan pengambilan makanan yang betul dalam diet harian.
Sekiranya selama ini anda hanya ambil minuman berkafein iaitu kopi, adalah lebih baik jika anda mula beralih kepada teh untuk mendapatkan tenaga sepanjang hari. Cubalah ambil dalam tempoh beberapa hari. Ini kerana, Kandungan kafein yang tinggi akan menyebabkan kekejangan otot perut.
Lemak trans yang juga kita kenali sebagai minyak hidrogenasi, terdapat dalam makanan ringan seperti kentang goreng boleh memburukkan lagi proses menstruasi seorang wanita. Lemak ini menghasilkan kesan keradangan di dalam badan, dan boleh meningkatkan kesakitan yang anda alami.
Makanan dengan kandungan garam yang tinggi seperti makanan dalam tin dan makanan ringan atau snek perlu dielakkan. Kandungan sodium yang tinggi boleh meningkatkan kembung perut dan ketidakselesaan.
Hormon yang sepatutnya bekerja semasa proses menstruasi akan menyebabkan berlakunya halangan dalam sistem pencernaan. Jadi, cuba jauhi makanan sebegini untuk melancarkan kitaran haid anda.
Seorang wanita yang sedang mengalami haid, pasti berasa tidak selesa. Ramai wanita menyatakan keinginan untuk mengambil makanan yang tak sihat kerana ia sukar untuk mereka elakkan.
Emosi semasa proses menstruasi menjadi tidak stabil. Untuk mengatasinya, anda hanya perlu makan makanan yang kurang bergula seperti buah-buahan dan sayuran. Tenaga akan dapat diserap dan badan juga takkan berasa mudah letih.
Teks: Wan Nor Ashikin Binti Wan Mohd