Apa yang ingin anda masak hari ini?
Apa yang ingin anda masak hari ini?
Falsafah masakan Cina adalah untuk mencapai keharmonian, keseimbangan, dan kegembiraan. Walaupun makan adalah keperluan hidup, orang Cina percaya ia harus menyeronokkan, mengandungi nutrisi yang baik, dan makan hanya ketika anda lapar.
Bagi memperoleh semua perkara tersebut, apa yang lebih penting adalah cara masakan disediakan. Ia perlu dibuat dengan kasih sayang, ikhlas, dan kesungguhan. Tetapi, adakah anda tahu bahawa sebenarnya menggunakan peralatan dapur tradisional mempunyai lebih banyak nilai.
Memasak menggunakan peralatan dapur tradisional memberikan rasa yang lain daripada yang lain. Lebih kelazatan apabila menggunakan peralatan dapur tradisional. Di sini, kami meneroka alatan tradisional yang masih digunakan sehingga kini.
1) Dapur Arang
Memang tidak dinafikan, dapur arang ini sebenarnya agak leceh jika dibandingkan dengan dapur gas. Kita perlu mengawal api kerana penggunaan arang menyukarkan proses jangkaan masa. Tetapi, apabila masakan sudah siap dimasak, pasti kita tidak akan kecewa dengan hasilnya.
2) Lesung Batu
Alatan dapur yang paling biasa digunakan adalah lesung batu. Diperbuat daripada batuan granit, lesung batu ini memudahkan kerja penyediaan bahan mentah bagi tujuan masakan. Ia berfungsi untuk mengisar cili, bawang merah, dan udang untuk membuat sambal sebagai contohnya. Zaman kini, ada disediakan peralatan yang lebih canggih, iaitu mesin pengisar yang hanya menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi.
3) Periuk Rebusan
Periuk ini boleh diseimbangkan di atas api menggunakan batu, diletakkan terus ke atas api atau di dalam arang panas. Alat memasak ini berfungsi sebagai oven, kuali, pemanggang, dan lain-lain. Ia paling biasa digunakan untuk membuat bubur atau rebusan menggunakan daging dan sayur-sayuran.
4) Bakul Tapis
Bakul ini bertujuan untuk mengasingkan sekam beras dan kotoran lain yang bercampur bersama beras yang elok. Ia dianyam daripada buluh dan sangat mudah digunakan.
Teks: Wan Nor Ashikin Binti Wan Mohd