Resipi

Udang Masak Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g udang besar (Dibersihkan)
  • 15 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • ½ biji nanas (Dipotong kecil)
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan bahan yang dikisar,nanas, udang, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih lagi.
  3. Rasakan garam dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.