Resipi

Udang Goreng Rangup

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g udang
  • 1 cawan tepung tempura
  • ½ cawan air
  • 1 cawan serbuk roti
  • 1 biji limau nipis
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit udang dan basuh dengan limau. Tuskan.
  2. Bancuhkan tepung tempura dengan air sedikit demi sedikit. (Jangan terlalu cair)
  3. Celupkan udang ke dalam bancuhan tepung tempura dan golekkan pada serbuk roti.
  4. Gorengkan di dalam minyak dengan api sederhana.
  5. Apabila nampak udang berwarna keemasan, angkat dan tuskan udang.
  6. Hidangkan bersama salad dan sos cili.