Resipi

Udang Goreng Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 500 g udang
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 10 biji kacang snow pea
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • ½ cawan air
  • 1 pokok daun bawang(Dipotong pendek)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak kemudian gorengkan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  2. Masukkan udang kemudian kacau rata sehingga udang kelihatan masak.
  3. Masukkan kicap cair, sos cili, bawang besar, garam, dan kacang snow pea. Gaul rata.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
  5. Taburkan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan.