Resipi

Tumis Bayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g bayam hijau
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 g udang segar (Dibuang kulit)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Asingkan bayam dari batangnya dan basuh. Kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang sehingga wangi.
  3. Masukkan bayam, cili merah dan garam. Kemudian kacau rata.
  4. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.