Resipi

Tomyam Campur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 300 g sotong
  • 300 g udang
  • 1 batang lobak merah(Dipotong pendek)
  • 1 batang saderi (Dipotong kecil)
  • 3 helai daun limau purut (Dikoyak)
  • 4 cawan air
  • 100 g bunga kubis
  • 2 biji tomato (Dipotong 4)
  • 2 biji limau nipis (Diambil perahannya)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan B (tunisan)

  • 2 batang serai
  • 8 biji cili api
  • 1 inci lengkuas
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)

Cara Memasak

  1. Bersihkan udang dan sotong. Tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan air, sotong, udang, lobak merah, saderi, dan daun limau purut. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan bunga kubis, garam dan tomato. Apabila mendidih, tutupkan api.
  5. Masukkan perahan limau nipis dan taburkan daun ketumbar.
  6. Sedia dihidangkan.