Resipi

Tenggiri Jeruk Goreng Cili

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 6 keping tenggiri jeruk
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan tenggiri jeruk dengan api perlahan sehingga garing. Angkat ikan dan masukkan ke dalam pinggan hidang.
  2. Tumiskan bahan yang dihiris dan gorengkan sehingga layu.
  3. Tuangkan bahan gorengan dan jus limau ke atas ikan tenggiri jeruk.
  4. Sedia dihidangkan.