Resipi

Tenggiri Goreng Asam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 3 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 cawan air asam jawa
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan ikan.
  3. Tumiskan semua bahan yang dihiris.
  4. Apabila sudah layu sedikit, masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit. Kacau sehingga mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato.
  6. Sedia dihidangkan.