Resipi

Telur Masak Kicap

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • ½ cawan kicap
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 pokok daun sup (Dipotong pendek)
  • ½ cawan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan telur satu per satu. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar dan cili merah.
  3. Masukkan kicap dan sos tomato. Kacau rata.
  4. Apabila mendidih, masukkan daun sup dan tutupkan api.
  5. Tuangkan di atas telur goreng tadi.
  6. Sedia dihidangkan.