Resipi

Telur Kukus Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 1 keping dada ayam (Dibuang kulit)
  • 5 biji cendawan butang
  • 3 biji cili merah
  • ½ cawan daun pudina
  • ½ cawan air suam
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan air di dalam periuk kukusan.
  2. Hiris ayam kecil-kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan masakkan di dalam kuali non stick.
  3. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan telur ke dalam bekas tahan panas dan kukuskan selama 15 minit dengan api sederhana.
  5. Hidangkan ketika panas.