Resipi

Telur Dadar Udang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 5 biji telur
  • 200 g udang (Dibuang kulit)
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan udang dan telur ke mangkuk adunan.
  2. Masukkan cili merah, bawang putih, bawang besar, daun bawang, dan garam. Gaul sehingga rata.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali non-stick dan masukkan adunan telur.
  4. Masakkan sehingga adunan telur nampak keras.
  5. Terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan sehingga garing.
  6. Sedia dihidangkan.