Resipi

Tauhu Sos Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 keping tauhu lembut (Dipotong 2)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 5 kacang pis
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 2 biji cili merah
  • * 3 sudu makan sos tiram
  • * 1 sudu makan serbuk lada hitam Bahan * dibancuh dengan ½ cawan air
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan tauhu dan goreng sehingga garing.
  3. Masukkan sayur-sayuran, bancuhan sos tiram, dan serbuk lada hitam. Kacau perlahan-lahan.
  4. Biarkan mendidih dan pekat.
  5. Sedia dihidangkan.