Resipi

Tauhu Rampai

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 keping tauhu (Dipotong kecil)
  • 20 biji cili api
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 1 keping tempe (Dipotong kecil dan digoreng garing)
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Goreng tauhu sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan separuh minyak. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan jus limau kesturi, gula, dan garam. Kemudian kacau rata.
  4. Masukkan tauhu, tempe, dan ikan bilis. Kemudian, kacau rata sekali lagi.
  5. Sedia dihidangkan.