Resipi

Tauhu Masak Taucu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 keping tauhu
  • ½ cawan taucu
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 7 biji cili api
  • 1 biji tomato (Dibelah 8)
  • ½ cawan air
  • 1 cawan minyak masak

Cara Memasak

  1. Goreng tauhu sehingga garing dan ketepikan.
  2. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan taucu dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato dan tauhu.
  5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.