Resipi

Tauhu Goreng Asam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 keping tauhu lembut
  • 2 sudu makan asam jawa (Dibancuh dengan 1 cawan air)
  • 2 biji tomato muda (Dibelah 4)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Lumurkan tauhu dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu sehingga masak. Angkat dan tuskan.
  3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan bancuhan air asam jawa, serbuk kunyit, dan garam. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan tomato dan tauhu yang digoreng tadi. Kemudian kacau rata.
  6. Sedia dihidangkan.