Resipi

Tauhu Berlada

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 keping tauhu
  • 1 tangkai daun kari
  • 7 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 labu bawang holland (Dipotong gelang)
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Kemudian ketepikan.
  2. Asingkan separuh minyak dan tumiskan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan jus limau kesturi, sos tomato, gula, garam, dan bawang holland. Masakkan sehingga bawang layu.
  5. Masukkan tauhu dan kacau rata.