Resipi

Tauhu Berinti

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 keping tauhu (Digoreng)
  • ½ cawan daging ayam kisar
  • 1 pokok daun bawang(Dihiris halus)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 batang lobak merah(Didadu halus)
  • 1 biji telur (Dipukul)
  • Minyak masak secukup(Bagi menggoreng)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong 2 tauhu kemudian korek isinya.
  2. Gaulkan isi tauhu dan semua bahan lain kecuali minyak dan telur.
  3. Masukkan semula bahan yang digaul ke dalam tauhu.
  4. Celupkan ke dalam telur dan gorengkan di dalam minyak masak yang telah dipanaskan sehingga kuning keemasan. Tuskan minyak.
  5. Sedia dihidangkan bersama sos cili thai.