Resipi

Tat Prun

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 100 g mentega
  • 150 g marjerin
  • 150 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50 g tepung jagung (diayak)
  • 50 g tepung kastard (diayak)
  • 350 g tepung gandum (diayak)
  • 100 g buah prun (dihiris)
  • Pewarna hijau

Cara Memasak

  1. Pukul mentega, marjerin, dan gula halus sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, dan tepung gandum. Gaul sehingga semua sebati dan menjadi doh lembut.
  4. Asingkan sedikit doh untuk hiasan daun. Ketepikan.
  5. Canai adunan menjadi leper dan terap menggunakan acuan bulat berbunga tepi.
  6. Letakkan buah prun yang sudah dihiris panjang di tengah-tengah biskut.
  7. Cantumkan bahagian bawah biskut dan susunkan di atas dulang pembakar.
  8. Masukkan pewarna hijau dalam doh adunan untuk bahan hiasan. Uli dan canai nipis doh hiasan. Potong kecil memanjang.
  9. Hiaskan seperti daun pada biskut.
  10. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  11. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.