Resipi

Tat Keju Bluberi

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 125 g mentega
  • 125 g marjerin
  • 100 g gula halus
  • 1 biji telur (gred B)
  • 500 g tepung gandum (diayak)

Bahan B (krim keju)

  • 250 g krim keju
  • 50 g mentega
  • 80 g gula halus

Bahan C (filling)

  • 250 g inti bluberi

Cara Memasak

  1. Pukul mentega, marjerin, dan gula halus sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan kacau rata.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  4. Terapkan doh dengan acuan bulat dan masukkan ke dalam acuan tat. Tekan adunan supaya leper dan kemas di dalam acuan tat.
  5. Cucukkan dengan garpu supaya doh tidak menggelembung.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  7. Pukul semua bahan B sehingga gebu. Masukkan ke dalam piping bag.
  8. Keluarkan tat dan masukkan filling bluberi dan krim keju.
  9. Bakar semula selama 5 minit.
  10. Angkat tat dan sejukkan.