Resipi

Tat Gulung

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 60 g mentega
  • 190 g marjerin
  • 70 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 350 g tepung gandum (diayak)
  • 50 g tepung jagung (diayak)
  • 250 g jem nanas
  • Acuan kertas

Bahan B (Bahan Pengilat)

  • 2 biji kuning telur (kacau rata)
  • Pewarna kuning (kacau rata)

Cara Memasak

  1. Pukul mentega, marjerin, dan gula halus supaya rata.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sehingga rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  5. Gunakan acuan nestar dan pamkan adunan secara terbalik (bunga adunan di sebelah bawah) ke atas dulang pembakar.
  6. Kepalkan jem nanas sebesar biji kurma.
  7. Letakkan jem nanas di atas adunan dan gulungkan.
  8. Masukkan adunan biskut ke dalam acuan kertas.
  9. Sapukan dengan bahan B.
  10. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  11. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.