Resipi

Sup Tauhu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 keping tauhu lembut (Dipotong kecil)
  • 3 biji telur
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 pokok daun sup
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potongkan lobak merah dan kentang mengikut cita rasa.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan tauhu, kentang, lobak merah, garam, dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan telur satu per satu. Biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk, kemudian taburkan daun sup.