Resipi

Sup Kambing Siam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 400 g daging kambing
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan rempah sup
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 biji kentang (Dipotong 4)
  • 5 biji cili api (Diketuk)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 biji limau nipis (Diambil jus)
  • 1 pokok daun sup (Diracik)
  • 5 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan rempah sup dan serai. Kacau sehingga sebati dan pecah minyak.
  4. Masukkan daging kambing, air, sup bunjut, kentang, dan garam.
  5. Masakkan sehingga mendidih dan daging lembut. Padamkan api.
  6. Masukkan cili api, tomato, jus limau,dan daun sup.
  7. Sedia dihidangkan.